suria

Akaun X milik 50 Cent digodam, penipu berjaya kaut keuntungan RM13 juta dalam masa 30 minit

Penggodam berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM1.4 bilion daripada akaun X milik 50 Cent.

LAMAN web rasmi dan akaun X milik penyanyi rap 50 Cent digodam pihak tidak bertanggungjawab bagi memperdaya pengikutnya pada Jumaat lalu.

50 Cent atau Curtis James Jackson III, 49, berkata, penggodam tersebut memuat naik promosi penipuan berjaya mengaut keuntungan sebanyak AS$3 juta atau RM13 juta dalam tempoh 30 minit.

Tegas penyanyi lagu In Da Club itu, dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penipuan kripto dan pihak pengurusan X sudah pun menyekat akaun miliknya.

50 Cent menjelaskan dia tidak terlibat dengan sebarang penipuan kripto.

50 Cent menjelaskan dia tidak terlibat dengan sebarang penipuan kripto.

"Akaun Twitter (aplikasi X) dan Thisis50.com saya telah digodam. Saya tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti kripto.

"Twitter mengambil tindakan pantas dengan menyekat akaun saya namun penggodam berjaya mengaut keuntungan sebanyak AS$3 juta dalam masa 30 minit,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 50 Cent dikecam tak hormat kematian Michael K. Williams

ARTIKEL BERKAITAN: Anak harap 50 Cent mati cepat, hubungan makin keruh

50 Cent menjelskan perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Untuk info, penggodam mempromosikan penipuan token pump-and-dump cryptocurrency dengan mencipta kripto baharu iaitu GUNIT dan menggunakan pengaruh di aplikasi X milik 50 Cent yang mempunyai sebanyak 12.9 juta pengikut.

Tujuan mereka untuk menarik lebih ramai pelabur dan menaikkan harga sebelum mengurangkan nilainya.

Harga token kemudian jatuh kepada AS$0.00016.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain