PERSONALITI media sosial Aaliyah Massaid gagal menahan air mata ketika mendengar ucapan tunangnya iaitu Thariq Halilintar pada majlis pertunangan mereka pada petang Ahad. Thariq dalam ucapannya meluahkan rasa bertuah dapat memiliki Aaliyah sambil memandang foto Allahyarham bapanya iaitu aktor Adjie Massaid yang diletakkan di atas kerusi. Kata Thariq, dia yakin Adjie merupakan cinta pertama kekasihnya itu dan berjanji akan menjadi kekasih terakhir buat Aaliyah. Aaliyah (kiri) menangis terharu dilamar dihadapan foto Allahyarham bapanya. "Saya bersyukur dan bahagia dapat mengenali keluarga anda, baik yang bertemu secara langsung atau tidak langsung. "Tapi mungkin pakcik (Adjie) boleh mendengar apa yang saya katakan ini... Sehingga kini saya yakin pakcik adalah cinta pertama Aaliyah namun saya ada cinta terakhirnya," katanya. Majlis pertunangan pasangan berkenaan yang berlangsung di The Manor Andara, Jawa Barat itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube milik Thariq. ARTIKEL BERKAITAN: Dah tinjau lokasi majlis, pernikahan Thariq Halilintar semakin hampir ARTIKEL BERKAITAN: Reaksi wajah masam jadi bualan, Aurel Hermansyah didakwa tak senang kawan bakal jadi adik ipar Sementara itu, Aaliyah pula memberitahu walaupun bapanya tiada di sisi namun kehadiran fotonya sudah cukup membuatkan dia berasa bahagia. "Alhamdulillah lega tapi saya terharu sebab gambar papa ada di situ," ujarnya. Untuk rekod, Adjie meninggal dunia pada 5 Februari 2011 akibat serangan jantung. Pada 15 Mei lalu, Thariq memaklumkan sudah melamar Aaliyah dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!