suria

Tekanan hidup punca Virgoun ambil dadah, hubungan dengan ibu pula dingin

Kakak menjelaskan Virgoun berdepan tekanan hidup.

KAKAK kepada penyanyi Virgoun mendedahkan tekanan hidup menjadi punca adik lelakinya itu terjebak dengan dadah.

Febby Carol mendedahkan adiknya itu lebih rela mendiamkan diri apabila berdepan masalah menyebabkan dia terpaksa menangung tekanan sehingga terjebak dalam penggunaan dadah sebagai jalan keluar.

"Baru-baru ini bercerai, kemudian turun naik mahkamah. Tentulah dia banyak masalah.

Copy of Untitled - 2024-06-22T115302.971

Hubungan dingin dengan ibu menyebabkan Virgoun tiada tempat mengadu.

"Tapi dia pun bukan jenis yang suka cerita masalah dekat orang lain, makin lama makin stres jadinya," katanya.

Bukan itu sahaja, Febby turut memberitahu hubungan dingin di antara Virgoun dengan ibunya menyebabkan adiknya kehilangan tempat mengadu.

"Memang dia ada bergaduh dengan ibu sebelum ini, semoga ada hikmah dengan apa yang terjadi.

"Saya harap apa yang terjadi ini buatkan hubungan ibu dengan virgoun semakin baik," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis rampas syabu dan alat hisap dadah, Virgoun ditangkap bersama wanita di rumah sewa

ARTIKEL BERKAITAN: Salah guna dadah, Virgoun ditahan polis

Khamis lalu, Virgoun dicekup bersama seorang wanita oleh pihak berkuasa Indonesia akibat penyalahgunaan dadah di Ampera, Jakarta Selatan pada 20 Jun lalu.

Penyanyi itu ditahan selepas didapati menggunakan bahan terlarang dan polis merampas dadah jenis syabu selain alatan menghisap Ketika serbuan.

Untuk rekod, Virgoun pernah mendirikan rumah tangga bersama Inara Rusli selama 10 tahun namun berakhir dengan perpisahan.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain