DALAM sibuk menjalani latihan ketenteraan, anggota kumpulan BTS iaitu J-Hope dilaporkan sempat menambah koleksi hartanah. J-Hope atau Jung Ho-seok, 30, dilaporkan membeli sebuah kediaman jenis penthouse yang dianggarkan berharga AS$8.6 juta atau RM40 juta secara tunai. Ten Asia melaporkan penyanyi itu membeli unit duplex di Afer Hangang yang terletak di Yongsan, Seoul pada 10 Jun lalu. J-Hope sudah pun memiliki hartanah mewah lain sebelum ini. Penyanyi itu dikatakan membeli kediaman tersebut pada 2020 namun terpaksa melalui proses pemindahan pemilikan yang memakan masa selama empat tahun. Rumah berkeluasan 274 meter persegi itu turut menghadap Taman Yongsan dan Sungai Han yang cukup indah. Bukan itu sahaja, rumah itu turut memiliki akses perkhidmatan peribadi seperti limosin dan servis pembersihan rumah. ARTIKEL BERKAITAN: RM (BTS) beli apartment mewah bernilai RM17 juta tanpa pinjaman bank ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS bina rumah tiga tingkat bernilai RM26 juta di Itaewon, dijangka siap tahun depan Sebelum ini, penyanyi itu sudah pun memiliki dua buah apartmen mewah di sekitar Seoul yang dibeli pada tahun 2016. Untuk rekod, J-Hope memulakan karier nyanyian sejak 2013 bersama kumpulan BTS menerusi lagu No More Dream. Sebelum menyertai latihan ketenteraan, J-Hope sempat menghasilkan lagu solo dan akan kembali bergabung bersama BTS tahun depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!