suria

Kourtney dan suami sempat ‘bermesra’ sehari sebelum bersalin, mahu anak lahir sempena Halloween

Kourtney dan Travis berkahwin pada 2022.

BINTANG realiti Kourtney Kardashian mendedahkan dia dan suami iaitu Travis Barker sempat melakukan hubungan intim sehari sebelum bayi mereka dilahirkan.

Kata Kourtney, 45, dia dan Travis mereka melakukan hubungan suami isteri itu bukanlah bertujuan untuk berseronok namun bagi memudah dan mempercepatkan proses bersalin secara normal.

Dedahnya lagi, ketika itu dia sudah pun mengalami kontraksi selain sudah mencapai bukaan seluas tiga sentimeter.

"Sebelum itu saya sudah pergi ke hospital kerana mengalami pendarahan ringan.

Kardashians 1

Kourtney dan Travis mahu Rocky dilahirkan pada Hari Halloween.

"Namun saya diarahkan pulang kerana belum ada tanda-tanda mahu bersalin," katanya.

Kourtney berkongsi perkara itu menerusi musim terbaharu program realiti The Kardashians.

Jelas Kourtney lagi, dia dan Travis melakukan perkara itu kerana mahu anak mereka iaitu Rocky Thirteen Barker dilahirkan pada Hari Halloween.

ARTIKEL BERKAITAN: Kourtney Kardashian minum susu badan sendiri, cara sembuh kalau tak sihat

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto isteri buang air, Travis Barker dan Kourtney Kardashian dianggap pasangan secocok

Bagaimanapun hasrat itu tidak kesampaian apabila Rocky dilahirkan pada 1 November 2023 iaitu sehari selepas sambutan Halloween.

Untuk rekod, Kourtney dan Travis melangsungkan pernikahan pada 15 Mei 2022 hanya selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

Sebelum ini, Kourtney pernah menjalinkan hubungan dengan Scott Disick selama 11 tahun sebelum berpisah pada 2015.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mason Dash, 15, Penelope Scotland, 12 and Reign Aston, 10 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain