suria

Rumah tangga Baim Wong didakwa sedang bergolak, tidak lagi tinggal bersama isteri dan anak-anak

Baim dilihat semakin jauh dengan isterinya.

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba timbul khabar angin mendakwa rumah tangga pelakon Baim Wong dan isteri iaitu Paula Verhoeven sedang bergolak.

Ini selepas timbul gosip mendakwa mereka sudah tidak tinggal bersama.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Baim dipercayai menghantar dua orang anaknya pulang ke rumah isteri.

baim 2

Baim bersama dua orang anak lelakinya iaitu Kiano dan Kenzo.

Dia dilihat keluar semula daripada rumah berkenaan untuk pulang ke kediamannya.

Tidak hanya itu, menerusi sebuah video yang dikongsikan di saluran YouTube miliknya, Baim meminta agar orang ramai mendoakan perkahwinannya.

Malah dia juga tidak memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Terikut-ikut trend pelik, Baim Wong dituduh tak sayang anak

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sehari buat uji bakat, Baim Wong pilih Anna Jobling berlakon filem ‘Lembayung‘

"Buat wartawan saya tak boleh beri kenyataan buat masa ini. Tapi doakan yang terbaik untuk kami," ujarnya.

Sebelum ini, Baim dan isteri dilihat sudah tidak meluangkan masa bersama sekali gus menimbulkan khabar angin tersebut.

Untuk rekod, Baim berkahwin dengan Paula Verhoeven pada 2018 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kiano, 3 dan Kenzo yang berusia, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain