suria

Dalam diam-diam, rupanya dah enam bulan Nelly dan Ashanti berkahwin

Nelly dan Ashanti sudah berkahwin pada Disember tahun lalu.

PENYANYI rap Nelly dan Ashanti rupa-rupanya sudah berkahwin secara rahsia selama enam bulan.

Memetik laporan People, pihaknya menerima sumber dokumen yang mengesahkan Ashanti, 43, dan Nell, 49, sudah disatukan pada 27 Disember tahun lalu.

Pasangan selebriti itu sebelum ini pernah mengumumkan tentang pertunangan dan bakal menyambut kelahiran anak pertama namun tidak mendedahkan bahawa mereka sudah berkahwin.

Nelly dan Ashanti bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama.

Nelly dan Ashanti bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama.

Pada Mei lalu, Ashanti buat pertama kalinya meraikan hari ibu dan berkongsi foto bersama Nelly serta ahli keluarga yang teruja memeluk baby bump miliknya.

Kata Ashanti, hari ibu lebih istimewa jika diraikan bersama keluarga dan dia turut teruja kerana berpeluang memulakan perjalanan luar biasa sepanjang tempoh kehamilan.

"Hari ibu ini sangat istimewa apabila ada ahli keluarga yang dapat bersama-sama saya dalam memulakan perjalann yang luar biasa dan menakjubkan ini (hamil).

ARTIKEL BERKAITAN: Nelly Sangkal Dakwaan Merogol

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun selepas berkahwin, Ma Dong Seok akhirnya bakal adakan majlis resepsi

"Semoga semua ibu dan bakal ibu di luar sana dapat meraikan sambutan ini dengan gembira dan bahagia," katanya.

Untuk rekod, Nelly dan Ashanti mula menjalinkan hubungan pada awal tahun 2000 sebelum berpisah pada 2013.

Pasangan ini menjalinkan semula hubungan pada 2023 dan mengumumkan pertunangan dan bakal menimang cahaya mata selepas setahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain