suria

Empat bulan selepas keguguran, Nikita Willy hamil lagi... Sudah tahu jantina anak kedua

Nikita gembira diberikan rezeki untuk mengandung anak kedua.

PELAKON Nikita Willy dan suaminya iaitu Indra Priawan mengumumkan mereka bakal menerima cahaya mata kedua.

Nikita, 30, turut berkongsi jantina anak dan memberitahu usia kandungan kini sudah memasuki tiga bulan.

"Pusingan kedua dengan biru! Seorang lagi bayi lelaki yang berharga untuk disayangi dan dihargai," katanya.

size NP 1 - 2024-06-19T125707.373

Nikita berkata Issa bakal mendapat adik lelaki.

Aktres itu berkongsi berita gembira tersebut melalui satu hantaran di Instagram pada Selasa.

Sebelum ini, Nikita pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki tujuh minggu dan ia berlaku pada Januari lalu.

Nikita berkata dia menghargai jasa suaminya kerana sentiasa memberikan sokongan pada masa sukar yang dilaluinya ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah pegang penyapu sejak kecil, Nikita Willy masuk kelas pengurusan rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Melawan hukum orang kaya, telur dadar juadah sahur Nikita Willy

“Indra menjadi tonggak kekuatan saya, menyokong saya apabila saya rasa bersalah dan patah semangat,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berdoa semoga urusan selepas ini dipermudahkan.

Nikita berkahwin dengan Indra, 32, pada 16 Oktober 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya pertama yang diberi nama Issa Xander Djokosoetono, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain