suria

Kecewa anak-anak buang nama keluarga, Brad Pitt mahu bina hidup baharu dengan kekasih

Kekecewaan tidak menghalang Brad untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasih.

BERDEPAN krisis keluarga membuatkan pelakon Brad Pitt berazam ingin membina hidup baharu bersama kekasihnya iaitu Ines De Ramon.

Daily Mail melaporkan Brad, 61, masih menyimpan keinginan untuk mempunyai cahaya mata meskipun hatinya terluka dengan tindakan anak-anaknya menggugurkan nama keluarga.

Menurut sumber Ines, 34, menyokong keputusan tersebut malah pasangan itu mahu membina kehidupan baharu yang lebih bahagia.

Copy of Untitled - 2024-06-19T152757.981

Brad kini sedang melalui fasa bahagian bersama Ines.

"Dia tak kisah untuk tambah anak, Ines pun masih muda dan dia menyokong idea tersebut. Mereka hanya nak bina kehidupan yang lebih bahagia.

"Mereka mahu kehidupan tanpa drama dan fokus hanya untuk besarkan anak-anak," jelasnya.

Brad mula berkenalan dengan kekasihnya sejak November 2022 dan menyifatkan wanita itu sebagai sumber kekuatannya selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Brad Pitt terluka 3 anak gugur nama keluarganya, percaya cara Angelina Jolie balas dendam

ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan Angelina Jolie fail permohonan tukar nama, enggan dikaitkan dengan Brad Pitt

Sebelum ini, pelakon filem World War Z itu meluahkan kekecewaan dengan keputusan anak-anaknya membuat permohonan mahkamah bagi menggugurkan ‘Pitt’ daripada nama mereka.

Keputusan berkenaan dibuat oleh Zahara Marley Jolie-Pitt, Shiloh Naouvel Jollie-Pitt dan Vivienne Marcheline Jolie-Pitt.

Bagaimanapun, Brad percaya bekas isterinya iaitu Angelina Jolie merupakan dalang disebalik keputusan tiga anak mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain