suria

Tak sedar dijangkiti virus berbahaya, Alka Yagnik hilang deria pendengaran

Alka mendedahkan dia kehilangan deria pendengaran selepas mengalami jangkitan virus.

SELEPAS hampir sebulan menghilangkan diri daripada radar media sosial, penyanyi Alka Yagnik mendedahkan dia kini berdepan masalah pendengaran.

Alka, 58, memberitahu keadaan tersebut berlaku secara tiba-tiba dan hasil pemeriksaan mendapati ia berpunca daripada serangan virus pada bahagian telinga.

"Beberapa minggu lalu, semasa saya berjalan keluar daripada penerbangan, tiba-tiba saya tidak boleh mendengar sebarang bunyi di sekeliling saya.

alka yagnik 3

Alka harap dapat kembali menghiburkan peminat.

"Keadaan itu membuatkan saya panik dan selepas berjumpa dengan pakar, doktor mengesahkan saya mengalami masalah saraf pendengaran yang jarang berlaku.

"Malangnya ia berpunca daripada serangan virus di bahagian telinga dan saya tidak sedar tentang perkara itu," katanya.

Alka berkongsi keadaan kesihatannya menerusi hantaran di Instagram miliknya selepas ramai meluahkan rasa bimbang penyanyi itu tidak lagi aktif di media sosial.

Mula menerima hakikat tentang keadaan dirinya, Alka memberitahu masih dalam fasa menyesuaikan diri dan berharap peminat dapat memberi sokongan untuk dia kembali bangkit.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Seinfeld’ meninggal dunia dalam pelukan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Tahi lalat disangka pemanis wajah, Kevin Jonas disahkan hidap kanser kulit

"Sokongan anda semua amat bermakna buat saya dalam waktu kritikal ini. Saya kongsi keadaan kesihatan saya selepas ramai bertanya tentang kehilangan saya.

"Inilah keadaan yang berlaku pada saya dan saya cuba menyesuaikan diri dan berharap dapat kembali menghiburkan anda semua," katanya.

Alka merupakan penyanyi terkenal menerusi lagu-lagu runut bunyi (OST) filem popular sepeti Chori Chori Chupke Chupke, Asoka dan Kuch Kuch Hota Hai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain