suria

Buat hal! Justin Timberlake ditahan polis

size NP 1 - 2024-06-19T094614.249

PENYANYI Justin Timberlake ditahan pihak berkuasa selepas didakwa memandu dalam keadaan mabuk di New York, Amerika Syarikat.

Tindakan Justin, 43, itu menyebabkan dia dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Sag Harbor Village dan dibebaskan dengan jaminan.

Sebutan semula kes akan diadakan secara maya pada 26 Julai depan.

size NP 1 - 2024-06-19T094626.869

Justin bersama peguamnya Ed Burke.

Menerusi dokumen mahkamah, pihak polis melihat Justin memandu kenderaan jenama BMW berwarna kelabu pada awal pagi.

Justin didakwa gagal menghentikan kenderaan di papan tanda berhenti dan dua kali melencong dari lorong asalnya.

Menerusi keterangan pihak polis, penyanyi itu turut berada dalam keadaan mabuk dan tidak stabil.

"Matanya merah, bau minuman beralkohol yang kuat dari nafasnya, tidak dapat memberikan perhatian, tidak stabil dan berprestasi buruk pada semua ujian ketenangan lapangan yang standard," menurut dokumen mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears tak buka aib Justin Timberlake, tulis kisah cinta dalam buku biografi tanda sudah ‘move on’

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu muda untuk jadi bapa, Britney Spears gugurkan anak Justin Timberlake

Peguam penyanyi itu, Ed Burke, memberitahu itu adalah satu pertuduhan kerana Justin menolak untuk melakukan ujian nafas.

Justin juga didakwa dengan dua pertuduhan lain iaitu meneruskan pemanduan di tanda berhenti dan tidak melakukan perjalanan di lorong trafik yang betul.

Majalah People melaporkan bahawa Justin ditahan selepas dia selesai makan malam di American Hotel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain