suria

Lee Beom Soo sengaja lengah penceraian, isteri pindah ke Bali cari ketenangan

Lee Beom Soo dan Lee Yoon Jin mengumumkan perpisahan mereka pada Mac lalu.

SELEPAS mengumumkan perpisahan, isteri pelakon Lee Beom Soo memilih berpindah ke Bali, Indonesia bagi mencari ketenangan.

Perpindahan itu juga disebabkan isteri Beom Soo iaitu Lee Yoon Jin mendapat pekerjaan tetap sebagai pengarah pemasaran di sebuah hotel terkemuka di pulau peranginan berkenaan.

"Saya berasa lebih tenang di sini malah bersyukur mendapat pekerjaan mempromosikan Bali kepada pelancong dari seluruh dunia.

Lee Beom Soo Family

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.

"Banyak saya belajar tentang warisan dan budaya Indonesia malah rakan-rakan baru yang saya kenali di sini juga sangat ramah dan banyak membantu bagi memastikan saya berasa selesa," katanya.

Yoon Jin berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Yoon Jin memberitahu dia bukan mahu melarikan diri daripada masalah rumah tangga tetapi ingin melupakan sementara kemelut yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia janji nak padam...” - Peserta Heart Signal rasa tertipu, bekas kekasih mahu sebar fotonya

ARTIKEL BERKAITAN: Kes manipulasi harga saham bapa mentua dibicarakan semula, Lee Seung Gi pula disuruh bersara

Ini kerana kata Yoon Jin, suaminya itu yang cuba melenggah-lenggahkan proses penceraian mereka walaupun pelbagai cara sudah dilakukan bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Dua anaknya juga ketika ini tinggal bersamanya di Bali malah sudah mula bersekolah di sana.

Beom Soo, 54, dan Yoon Jin mendirikan rumah tangga pada 2010 dan mengumumkan bakal bercerai pada Mac lalu.

Lee Beom Soo Superman

Beom Soo dan dua anaknya pernah muncul dalam program realiti The Return of Superman pada 2013.

Pasangan ini pernah membuat kemunculan menerusi program The Returns of Superman pada 2013 yang memaparkan kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Yoon Jin memfailkan penceraian terhadap Beom Soo selepas mendakwa aktor itu menjalani dua kehidupan berbeza selain beberapa masalah dalaman yang tidak dinyatakan.

Dia juga mendakwa menjadi mangsa penderaan mental ibu mentuanya malah cuba menyorok keberadaan anak lelakinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain