BARU selesai menunaikan ibadah haji, personaliti media sosial Atta Halilintar sempat melakukan ibadah korban bersempena perayaan Hari Raya Aidiladha tahun ini. Atta, 40, memberitahu dia menumbangkan 22 ekor lembu dan kambing di Jakarta, Indonesia pada Isnin. Youtuber tersebut memberitahu angka itu dipilih kerana simbolik dengan tarikh lahir anak sulungnya iaitu Ameena. Antara penduduk yang menerima sumbangan daging korban Atta, “Alhamdulillah, tahun ini saya dan isteri boleh korbankan 22 ekor binatang korban (seperti tarikh lahir anak, 22 Februari 2022),” katanya. Atta berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram (IG) miliknya pada Isnin. Bagaimanapun, maklumat terperinci tidak diberikan berhubung jumlah setiap lembu dan kambing yang dikorbankan. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pernah jual kad sim di Pasar Seni, Atta Halilintar kenang kehidupan di KL... Paling rindu milo dinasour ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar hidup susah, cari kerja di Malaysia sebelum bergelar jutawan Youtube Daripada foto yang dimuat naik di IG youtuber itu, kesemua daging korban diedarkan di kawasan pejabatnya iaitu AHHA Korpora Indonesia. Para pekerjanya dilihat sedang bertugas memotong dan mengagihkan daging korban kepada penduduk di sekitar bangunan pejabat mereka yang terletak di Ciputat Timur, Tangerang Selatan. Sementara itu, Atta juga berhasrat mahu menyumbangkan tiga ekor haiwan korban kepada pengikutnya. Atta bersama isteri dan anak-anaknya. “Saya nak bagi tiga ekor haiwan korban kepada pengikut yang boleh komen seperti di paparan kedua (tulis qurban di ruangan komen),” ujarnya. Pempengaruh itu berniat untuk mengumumkan tiga orang pemenang tersebut pada Selasa. Untuk rekod, Atta mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aurel Hermansyah pada 3 April 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan Ameena, 2, dan Azura, 6 bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!