suria

Percutian mewah di Itali jadi bualan, suami Bunga Citra Lestari kena perli - “Dia ada duit ke?”

Percutian bulan madu mewah Bunga dan Tiko di Itali mendapat perhatian netizen.

MASIH belum reda isu pecah amanah, kali ini netizen mempersoalkan pula tentang percutian mewah penyanyi Bunga Citra Lestari dan suami iaitu Tiko Aryawardhana di luar negara.

Ramai secara sinis dengan bertanya siapa di antara mereka yang menanggung semua kos percutian di Como, Itali memandangkan Tiko hanya bekerja sebagai pegawai bank.

Mereka juga memerli Tiko mempergunakan Bunga apatah lagi isu dia melakukan pecah amanah RM1.7 juta syarikat milik bekas isterinya yang masih belum selesai.

bcl1 - 1

Tiko diperli menggunakan wang Bunga untuk percutian mewah di Itali.

Malah ada yang mempertikaikan bagaimana Tiko boleh ke luar negara memandangkan dia didakwa terlibat dalam penyelewengan wang syarikat bersama bekas isteri.

"Dia ada duit ke? Atau mengharapkan Bunga yang tanggung semua perbelanjaan bulan madu?

"Bukan ke Tiko suspek kes pecah amanah? Macam mana pula boleh ke luar negara?," antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu motif tuduh suami Bunga Citra Lestari pecah amanah RM1.7 juta, Tiko bakal ambil tindakan terhadap bekas isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sebab cemburu, peguam cabar suami Bunga Citra Lestari audit semula akaun syarikat

Pasangan itu pergi berbulan madu selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Bunga dan Tiko melangsungkan pernikahan di Bali, Indonesia pada 2 Disember 2023.

Sebelum ini Bunga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair, 14 tahun.

Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain