PENYANYI Jennifer Lopez menyifatkan suaminya iaitu aktor Ben Affleck sebagai hero ketika memberi ucapan bersempena Hari Bapa pada Ahad. Kenyataan Jennifer yang dimuat naik di Instastory tersebut seolah-olah mematahkan spekulasi berhubung dakwaan rumah tangganya dengan Ben sedang bergolak. "Hero kami, selamat hari bapa," tulisnya. Jennifer menggelarkan Ben sebagai hero. Ucapan itu turut diselitkan bersama emoji hati berwarna putih sekali gus menunjukkan masih wujud perasaan cinta di antara mereka berdua. Sebelum ini, In Touch melaporkan pasangan selebriti berpengaruh Hollywood itu bakal bercerai dan Ben juga sudah keluar dari kediaman mewah mereka. Jennifer dan Ben juga dikatakan bakal menjual banglo mewah tersebut sebagai salah satu penyelesaian penceraian mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Ditanya gosip sudah berpisah dengan Ben Affleck, reaksi spontan Jennifer Lopez mengejutkan peminat ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan dengan JLo dihujung tanduk, ramai bimbang Ben Affleck buat perangai 'lama' Untuk rekod, Jennifer dan Ben pada awalnya menjalinkan hubungan percintaan pada awal tahun 2000. Bagaimanapun hubungan tersebut terputus apabila mereka membatalkan perkahwinan pada 2003. Pada 2021, mereka kembali bercinta dan kemudiannya mendirikan rumah tangga setahun kemudian. Sebelum itu, Ben pernah berkahwin dengan pelakon Jennifer Garner pada Jun 2005 namun bercerai pada Oktober 2018. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Violet, Serafina dan Samuel. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!