suria

“Dia janji nak padam...” - Peserta Heart Signal rasa tertipu, bekas kekasih mahu sebar fotonya

Min Jae terkejut dengan perubahan bekas kekasihnya.

PESERTA program Heart Signal musim ketiga iaitu Seo Min Jae menjadi mangsa ugutan bekas kekasihnya yang mahu menyebarkan foto peribadinya kepada umum.

Min Jae memberitahu dia tidak menyangka lelaki dikenali sebagai Nam Tae Hyun itu tergamak melakukan perkara tersebut kerana sebelum ini dia seorang yang penyayang.

Jelasnya, Tae Hyun mahu menyebarkan foto tidak senonohnya dengan tujuan merosakkan reputasi dan nama keluarganya.

allkpop_1701450352_untitled-1

Min Jae termenung ujian hidupnya.

"Dia hantar beberapa gambar peribadi saya yang sebelum ini dia janji nak padam. Sekarang dia mahu sebarkan pula kepada orang ramai.

"Saya tak sangka orang yang pernah saya rapat sanggup melakukan perkara ini. Saya juga pernah menulis lagu yang ditujukan kepadanya," katanya.

Min Jae berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seo Min Jae tak sengaja dedah video ambil dadah bersama Nam Tae Hyun, polis keluarkan waran tangkap

ARTIKEL BERKAITAN: Nam Tae Hyun langgar pemandu teksi, lari sebab memandu dalam keadaan mabuk

Dalam pada itu, dia juga percaya bekas teman lelakinya itu berdendam dengannya selepas mendedahkan tentang Tae Hyun seorang penagih dadah.

Pada Ogos 2023, Min Jae dan Tae Hyun mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.

Mereka juga membuat permohonan maaf dan dijatuhkan hukuman disebabkan kesalahan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain