suria

Kim Woo Bin dan Shin Min Ah dating di butik pakaian, peminat buat spekulasi bercuti sama di Jepun

Kim Woo Bin dan Shin Min Ah kelihatan sedang membeli belah di sebuah butik pakaian.

PASANGAN selebriti iaitu Kim Woo Bin dan Shin Min Ah dilihat meluangkan masa bersama dengan membeli-belah di sebuah butik pakaian.

Dalam foto tular itu, Min Ah dilihat sibuk memilih pakaian dan Woo bin berdiri menunggu kekasihnya seperti seorang pengawal peribadi.

WhatsApp Image 2024-06-19 at 16.59.28

Kim Woo Bin dikatakan meluangkan masa di Jepun bersama Shin Min Ah.

Gara-gara foto itu, timbul spekulasi mendakwa mereka berdua meluangkan masa bersama di Tokyo, Jepun pada April yang lalu.

Dakwaan terbabit adalah kerana foto Min Ah di Instagram yang mengenakan topi besbol dan juga jaket kulit berwarna coklat yang dikatakan kepunyaan Woo bin.

ARTIKEL BERKAITAN :Kim Woo Bin bebas kanser, mula rancang kahwin dengan Shin Min Ah tahun ini selepas enam tahun bercinta

ARTIKEL BERKAITAN :Berlakon dalam satu drama, ini alasan Kim Woo Bin tidak diberi watak kekasih Shin Min Ah

Ini kerana Woo bin sebelum ini ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram ketika dia berada di Jepun dan disebabkan itu peminat mula membuat spekulasi Min Ah juga berada di Jepun ketika itu.

Sebelum ini mereka berdua pernah digandingkan bersama dalam sebuah drama iaitu Our Blues yang ditayangkan pada 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain