suria

Mi Joo dedah hanya makan salad sekali sehari, peminat risau terlalu menyeksa diri untuk kurus

Peminat risau akan kesihatan Mi Joo.

RUTIN pemakanan penyanyi Lee Mi Joo mengejutkan ramai apabila dikatakan terlalu menyeksa diri untuk mendapatkan badan yang ideal.

Mana tidaknya, Mi Joo, 31, mendedahkan dirinya hanya makan sekali sehari untuk mengekalkan berat badan.

Lebih mengejutkan apabila dia tidak mengambil makanan yang mengenyangkan sebaliknya hanya memakan hidangan salad dan air untuk mengisi perutnya.

mijoo-diet

Mi Joo ketika hadir menjadi tetamu dalam rancangan Hangout With Yoo.

"Saya bangun tidur dan tidak akan makan apa-apa sehingga jam 4 petang.

"Saya hanya akan minum air dan makan salad saja pada jam 5 petang, setiap hari," kongsinya.

Mi Joo berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu rancangan reality Hangout With Yoo.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan sebiji kimbab setiap hari, Hyuna menyesal diet keterlaluan sehingga hilang berat 40Kg

ARTIKEL BERKAITAN: Ku Hye gembira berjaya turun berat badan tapi netizen belum ‘move on’ kaitkan bekas suami Ahn Jae Hyun

Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang terhadap kesihatan Mi Joo selain menganggap rutin tersebut akan memudaratkan dirinya sendiri.

"Saya harap tiada siapa ikut rutin pemakanan dia... Bahaya!

"Macam mana dia boleh hidup dengan makan salad? Kenyang ke?," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain