suria

Salah guna dadah, Virgoun ditahan polis

Virgoun ditangkap polis gara-gara penyalahgunaan dadah.

PENYANYI Virgoun ditahan pihak berkuasa di Indonesia pada Khamis atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.

Berita penahanan penyanyi itu disahkan sendiri oleh wakil Polis Metro Jakarta Barat, M Syahduddi kepada Kompas.

Virgoun sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila terkait dengan kes dadah.

Virgoun sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila terkait dengan kes dadah.

"Benar, Virgoun ditangkap kerana terkait dalam kes dadah," katanya ringkas.

Bagaimanapun, Syahduddi tidak mengulas lanjut tentang maklumat penangkapan Virgoun dan barang bukti disita pihak polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah bincang secara baik, Virgoun dan Inara akhirnya berdamai... Sepakat tarik laporan masing-masing

ARTIKEL BERKAITAN: Inara menangis kena siasat polis, Virgoun enggan tarik kes bekas isteri buka telefon tanpa izin

Tambahnya, pihak berkuasa masih lagi melakukan siasatan terhadap kes dadah melibatkan penyanyi berkenaan.

"Kes masih lagi disiasat dan kami tidak boleh memaklumkan tentang kronologi kes tersebut," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain