suria

Polis rampas syabu dan alat hisap dadah, Virgoun ditangkap bersama wanita di rumah sewa

Virgoun ditahan bersama seorang wanita atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

SUSULAN dicekup akibat penyalahgunaan dadah, pihak polis di Jakarta, Indonesia mendedahkan penyanyi Virgoun bersama seorang wanita ketika ditahan pada Khamis.

Wakil Polis Metro Jakarta Barat, Insrawienny Panjiyoga, kedua-dua mereka ditangkap ketika berada di sebuah rumah sewa yang terletak di Ampera, Jakarta Selatan sekitar pukul 1 pagi.

Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu ditangkap selepas didapati menggunakan bahan terlarang dan pihak polis berjaya merampas dadah jenis syabu selain alatan menghisap ketika serbuan dibuat.

"Dua orang tersebut ditahan di daerah Ampera, Jakarta Selatan pada Khamis sekitar pukul 1 pagi.

Virgoun

Virgoun ditahan bersama seorang wanita di rumah sewa.

"Kami turut merampas dadah jenis syabu dalam satu bungkusan kecil bersama alatan dipercayai untuk menghisap dadah," katanya.

Dalam pada itu, Panjiyoga memberitahu pihak berkuasa masih lagi melakukan siasatan sebelum kedua-dua tertuduh dihadapkan ke mahkamah.

Virgoun dan wanita berkenaan juga akan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

"Ketika ini pihak polis masih lagi menjalankan siasatan penuh selepas menahan tertuduh.

ARTIKEL BERKAITAN: Salah guna dadah, Virgoun ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dakwa Virgoun cari wanita lain penuhi fantasi seks, rupa paras bukan keutamaan

"Reman akan dilakukan selama tiga hari terhadap suspek sebelum tindakan lanjut diambil," jelasnya.

Sebelum ini, kisah rumah tangga Virgoun dan Inara Rusli menjadi bualan hangat selepas bekas isterinya itu mendedahkan sikap buruk penyanyi berkenaan di media sosial.

Inara mendakwa Virgoun bukan sahaja kaki perempuan malah sudah beberapa kali berlaku curang sehingga dia sudah tidak tahan dengan sikap penyanyi tersebut.

Inara (kanan) pernah mendakwa Virgoun berlaku curang dalam rumah tangga mereka.

Inara (kanan) pernah mendakwa Virgoun berlaku curang dalam rumah tangga mereka.

Penyanyi berkenaan juga didakwa mempunyai fantasi seks yang tidak boleh dipenuhi sebagai isteri.

Virgoun turut didakwa sanggup membayar sejumlah wang kepada wanita demi memuaskan nafsunya.

Pun begitu, perkahwinan Virgoun dan Inara berakhir dengan perpisahan selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain