PENYANYI dangdut Siti Badriah mendedahkan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang menyukai kaum sejenis atau homoseksual. Badriah atau mesra disapa Sibad, 33, dia mengetahui seksualiti jejaka tersebut namun tetap meneruskan percintaan kerana ingin membantunya berubah menjadi lelaki sejati. Walaupun percintaan mereka tidak menjadi, Badriah masih berkawan baik dengan bekas kekasihnya itu sehingga ke hari ini. "Kami masih bersahabat baik dengan bekas teman lelaki tetapi sampai sekarang dia masih belum berubah menjadi lelaki sejati," katanya. Badriah kini bahagia bersama suami dan anak mereka. Badriah berkongsi perkara itu ketika muncul dalam temu bual bersama Danny Sumargo dalam program Curhat Bang di YouTube. Dalam pada itu, suami Badriah iaitu Krisjiana Baharuddin pula memberitahu dia tidak berasa cemburu isterinya masih bersahabat dengan bekas kekasihnya. Krisjana berkata, tiada apa perlu dibimbangkan kerana lelaki tersebut tidak tertarik dengan wanita. ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Baim Wong didakwa sedang bergolak, tidak lagi tinggal bersama isteri dan anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Empat bulan selepas keguguran, Nikita Willy hamil lagi... Sudah tahu jantina anak kedua "Sibad masih rapat dengan bekas kekasihnya sebab lelaki itu homoseksual. "Mereka bercinta sebelum ini pun sebab mahu berubah menjadi lelaki sejati tapi tidak berjaya," katanya. Dedah Krisjiana lagi, pertemuan dengan Badriah juga ketika penyanyi itu masih menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut. Untuk rekod, Badriah dan Krisjiana mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2019 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!