suria

Usia bukan penghalang timba ilmu, Goo Hye Sun sambung peringkat sarjana di KAIST 

Hye Sun tidak menyangka dia diterima masuk ke KAIST.

PELAKON Goo Hye Sun berkongsi berita gembira apabila bakal menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang kewartawanan di Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST).

Hye Sun, 40, berkata, dia tidak menyangka terpilih menyambung pengajian di salah sebuah universiti terkemuka di Korea Selatan itu.

"Perkara pertama yang buat saya terkejut pagi ini apabila mendapat berita saya diterima masuk ke program sarjana dalam bidang kewartawanan di KAIST," katanya.

Hye Sun berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram sambil memaparkan sijil pengesahan daripada institut berkenaan.

Copy of Untitled - 2024-06-22T141752.518

Hye Sun berkongsi keputusan cemerlang yang diperolehnya di Instagaram.

Enggan mana-mana pihak salah faham, Hye Sun turut menunjukkan keputusan cemerlang diperolehinya ketika menduduki ujian kemasukan universiti sebelum ini.

Dalam pada itu, peminat aktres berkenaan meluahkan rasa bangga terhadap Hye Sun kerana berjaya merialisasikan impiannya menyambung pengajian ke peringkat sarjana.

Ramai berharap dia dapat menjadi contoh yang baik kepada pengikutnya untuk mengikut jejak langkahnya menyambung pelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup tidur dan makan dalam kereta, Goo Hye Sun sambung belajar di usia 40 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Goo Hye Sun dedah Ahn Jae Hyun hilang minat, enggan dihubungi punca mereka bercerai

"Generasi baru sekarang ramai yang tak berminat menyambung pelajaran tetapi Hye Sun menunjukkan contoh usia bukan penghalang mengejar ilmu.

"Lihat sahaja keputusan kemasukan universiti Hye Sun, bukan senang nak dapat!

"Rasanya dia baru sahaja tamat pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang filem, terus sambung sarjana pula. Hye Sun memang hebat!," komen netizen.

Untuk rekod, Hye Sun baru sahaja menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian filem daripada Universiti Sungkyukwan pada Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain