suria

Tak mampu lagi tutup kebenaran, bekas isteri sudah cuba jaga nama baik Virgoun

Inara tiada komen mengenai Virgoun ditangkap polis sebaliknya mahu terus kerja kuat demi anak-anak.

BEKAS isteri Virgoun iaitu Inara Rusli sudah cuba sedaya upaya menjaga nama baik penyanyi berkenaan kepada tiga anak mereka.

Bagaimanapun Inara berkata dia sudah tidak dapat menyembunyikan kebenaran susulan Virgoun ditangkap akibat penyalahgunaan dadah Khamis lalu.

"Ibu minta maaf anak-anak. Saya sudah cuba buat bahagian saya dan sedaya upaya menyelamatkan Virgoun.

"Tetapi macam mana pun usaha saya, kejadian ini membuatkan pandangan anak-anak berubah terhadapnya," katanya.

size NP 1 - 2024-06-22T142831.445

Inara hanya mahu fokus pada kerja dan besarkan tiga orang anaknya.

Enggan mengulas mengenai penangkapan bekas suami dengan seorang wanita, Inara sebaliknya hanya mahu fokus membesarkan anak-anak mereka.

Apa lebih penting kata Inara, emosi anak-anaknya terjaga selain mahu terus bekerja keras membesarkan mereka.

"Banyak perkara yang kami lalui dan harungi. Anak-anak perlukan ibu yang waras untuk mencari rezeki dan mendidik mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis rampas syabu dan alat hisap dadah, Virgoun ditangkap bersama wanita di rumah sewa

ARTIKEL BERKAITAN: Salah guna dadah, Virgoun ditahan polis

Difahamkan, pasangan itu baru sahaja mencapai kata sepakat berhubung beberapa isu berbangkit dan kedua-dua mereka bersetuju untuk berdamai.

Inara sudah pun menarik balik laporan polis atas dakwaan bekas suaminya itu berzina dengan wanita lain ketika mereka berkahwin.

Virgoun juga bersedia menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap Inara sebelum penyanyi itu ditahan pihak berkuasa Khamis lalu.

size NP 1 - 2024-06-22T142930.357

Virgoun ditangkap polis kerana didakwa menyalahgunakan dadah.

Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu ditahan bersama seorang wanita di sebuah rumah sewa di Ampera, Jakarta Selatan pada 20 Jun lalu.

Penyanyi itu ditahan selepas didapati menggunakan bahan terlarang dan polis merampas dadah jenis syabu selain alatan menghisap ketika serbuan.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara berkahwin pada 2014 namun rumah tangga mereka berakhir dengan perpisahan tahun lalu selepas penyanyi itu berlaku curang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain