suria

Tersilap tuduh wanita ada skandal dengan suami, Hwang Jung Eum berdepan saman fitnah

Hwang Jung Eum berdepan tindakan saman selepas menuduh seorang wanita mempunyai skandal dengan suaminya.

PELAKON Hwang Jung Eum berdepan tindakan saman susulan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap seorang wanita.

Wanita berkenaan menjelaskan tindakan undang-undang itu dibuat selepas mendakwa Jung Eum cuba memutar belit perjanjian yang pernah dibuat antara mereka sebelum ini.

Malah dakwa wanita berkenaan kenyataan dibuat dramatis itu juga memberi impak besar terhadapnya sehingga menjadi sasaran kecaman netizen di media sosial.

"Saya tidak pasti sama ada Jung Eum benar-benar menyesal akan tindakan dilakukan terhadap saya.

hwang jung eum 2

Jang Eum memfailkan penceraian buat kali kedua terhadap suaminya pada Februari lalu.

"Dia mungkin menganggap saya seorang manusia tamat dan mahu mengaut keuntungan daripada perjanjian yang dibuat sebelum ini.

"Saya sudah tidak tahan dan telah memfailkan saman terhadapnya," katanya.

Isu mula timbul apabila Jung Eum mendedahkan wajah wanita tersebut selepas mendakwa dia adalah perempuan simpanan suaminya iaitu Lee Young Don.

ARTIKEL BERKAITAN: Usia bukan penghalang timba ilmu, Goo Hye Sun sambung peringkat sarjana di KAIST

ARTIKEL BERKAITAN: J-Hope BTS beli penthouse RM40 juta tunai, kediaman menghadap Sungai Han

Sedar sudah tersilap orang, Jung Eum kemudiannya memadam semua perkongsian di media sosial berkaitan wanita berkenaan.

Susulan wanita itu menjadi sasaran netizen, Jung Eum kemudiannya menawarkan sejumlah wang sebagai ganti rugi terhadap kesilapan dilakukan.

Bagaimanapun Jung Eum meminta ganti rugi tersebut dikurangkan dan membayar secara berperingkat.

Apa membuatkan wanita itu kesal apabila syarikat pengurusan pelakon itu mengeluarkan kenyataan menuduh dia meminta ganti rugi dua kali ganda berbanding tawaran asal.

hwang-jung-eum-marriage-golfer-lee-young-don-lifes-biggest-regret

Jung Eum berdepan tindakan saman selepas didakwa memutar belit perjanjian penyelesaian dengan seorang wanita.

Untuk rekod, Jung Eum pernah memfailkan cerai terhadap Young Don yang juga pemain golf profesional pada September 2020.

Bagaimanapun Jung Eum menarik balik permohonan cerai tersebut dan mereka kembali berbaik.

Pada Februari lalu, Jung Eum memfailkan penceraian buat kali kedua terhadap suaminya dipercayai ada kaitan dengan sikap curang Young Don.

Pasangan itu yang berkahwin pada 2016 dikurniakan dua orang cahaya mata berusia tujuh dan dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain