PENYANYI rap Zico dituduh menjadi perompak yang memecah masuk rumah mendiang Goo Hara untuk mencuri peti besi. Zico didakwa menjadi pelaku selepas sebuah rancangan berjudul Unanswered Questions mengeluarkan episod tebaharu merungkai kematian Hara. Menurut rancangan berkenaan, pencuri itu disyaki mengambil peti besi yang pernah menyimpan beberapa telefon lama milik Hara. Lakaran wajah perompak yang dikongsikan kepada umum. Bagaimanapun peti besi berkenaan dipercayai sudah dikosongkan oleh abang Hara sebelum rompakkan itu berlaku. Dalam episod berkenaan juga, Unanswered Questions telah mengeluarkan lakaran wajah dipercayai milik pelaku yang dianggarkan berusia awal 30-an. Susulan pendedahan tersebut rata-rata netizen mendakwa lelaki berkenaan mirip dengan Zico. ARTIKEL BERKAITAN: Zico Kemalangan Pulang Dari Pesta Ulang Tahun Rakan ARTIKEL BERKAITAN: Sunmi mengaku tak suka lagu hit Zico, 'Any Song' Mereka juga menyerang media sosial Zico dan memintanya untuk mengakui perbuatan berkenaan. Namun perkara itu disangkal oleh pengurusan Zico malah pihaknya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang. Untuk rekod Goo Hara ditemukan meninggal dunia di kediamannya di kawasan Cheongdam, Seoul, Korea Selatan pada 2019. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!