suria

David Beckham risau anak perempuan sudah meningkat remaja, dah pandai bergaya seksi macam ibunya

David risau anak perempuan makin besar.

BINTANG bola sepak David Beckham meluahkan kebimbangan melihat anak perempuannya iaitu Harper Seven semakin meningkat dewasa.

Disebabkan itu David, 49, menjadi semakin protective dan dibelenggu kerisauan jika terjadi sesuatu perkara tidak diingini terhadap anaknya.

Sumber bagaimanapun memberitahu David melayan Harper dengan begitu baik dan tidak pernah memarahi anak keempatnya itu.

Untitled design (9)

David Beckham bersama anak perempuannya Harper.

"David dan Harper memiliki ikatan yang sangat istimewa, dia menjadi seorang bapa yang protektif, nampak sangat dia risau jika ada orang menyakiti gadis kecilnya itu.

"Harper masih muda, jadi banyak perkara yang dia ingin cuba dan yang pasti dia sendiri tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang," kata sumber kepada majalah Heat.

Lebih membuatkan Beckham gusar apabila melihat Harper kini sudah pandai bergaya dan mengenakan imej agak seksi seperti mengikut jejak langkah ibunya iaitu Victoria.

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian 48 jam bersama David paling menakjubkan, kapsyen ghairah Victoria Beckham dianggap memualkan

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa dikhianati kawan baik, David Beckham tetap teruskan saman terhadap Mark Wahlberg

"Dalam beberapa bulan akhir ini, Harper benar-benar berubah.

"Dia lebih suka berdandan rambut, menggunakan alat solek serta keluar bersama teman dan selalu bincangkan hal kecantikan dengan ibunya," kata sumber lagi.

Untuk rekod, Davida dan Victoria berkahwin pada 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Brooklyn Joseph, Romeo James, Cruz David dan Harper Seven.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain