suria

Harga kesetiaan terbayar, Raffi Ahmad tanggung kos perkahwinan pekerja... Siap bagi hadiah pakej umrah

Raffi (dua dari kiri) bersama isteri (kanan) meraikan pernikahan pekerja mereka.

PELAKON Raffi Ahmad menanggung semua perbelanjaan majlis perkahwinan salah seorang pekerjanya yang berlangsung meriah pada Sabtu lalu.

Raffi atau Raffi Faridz Ahmad, 37, berkata, dia berbesar hati dapat membiayai kos perkahwinan tersebut kerana menganggap pekerjanya dikenali sebagai Haikal seorang yang setia dan sangat komited menjalankan tugasnya.

"Ini adalah satu penghargaan daripada saya buat Haikal kerana dia seorang lelaki yang baik, rajin bekerja dan paling mustahak hatinya tulus.

raffi - 1

Raffi menjadi saksi dalam majlis pernikahan pekerjanya.

"Sebagai majikan saya mahu menjadi saksi pernikahan Haikal dan pasangannya. Doa saya agar masjid yang dibina akan kekal sehingga ke syurga," katanya.

Dalam pada itu, Raffi juga menghadiahkan pakej ke Tanah Suci Makkah untuk melakukan umrah sebagai hadiah bulan madu buat Haikal dan isterinya iaitu Helda Dwi Alya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu banyak content di Tanah Suci, netizen persoal niat sebenar Raffi Ahmad tunai haji

ARTIKEL BERKAITAN: Karier dihujung tanduk akibat dadah, nasib Raffi Ahmad berubah selepas minum air basuhan kaki ibu

Malah isterinya, Nagita Slavina turut menghadiahkan wang tunai kepada pasangan mempelai.

"Insya-Allah kalau mahu mengerjakan umrah bersama isteri, saya akan hantar mereka berdua ke Makkah dengan segera," katanya.

Majlis pernikahan pasangan itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube milik Raffi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain