PENYANYI Ayu Ting Ting mengesahkan ikatan pertunangan bersama seorang tentera berpangkat Kolonel iaitu Muhammad Fardana sudah berakhir. Ayu atau Ayu Rosmalina, 32, memberitahu punca perpisahan mereka disebabkan sudah tiada persefahaman. Enggan menyebarkan aib sesiapa, Ayu menjelaskan cukup hanya keluarga terdekat sahaja yang mengetahui punca sebenar mereka mengambil keputusan memutuskan ikatan pertunangan. Ayu menegaskan dirinya tidak bersifat materialistik. "Apa pun masalahnya, cukup saya, Allah, keluarga dan rakan-rakan sahaja yang tahu. Biarlah ia menjadi rahsia di antara kami," katanya. Ayu mengulas perkara itu sebagai respon kepada adik kepada Fardana dikenali sebagai Dinar Salsa yang menyindir Ayu dan menyalahkan penyanyi berkenaan sebagai punca ikatan pertunangan mereka terlerai. Bagaimanapun, Ayu sebelum ini mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung perkara tersebut. Ayu memberitahu dia dan Fardana membuat keputusan berpisah pada 22 Jun lalu sebelum memaklumkan perkara itu kepada keluarga masing-masing lima hari kemudian. ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting pilih tentera pangkat kolonel sebagai bakal suami, dilaporkan sudah bertunang ARTIKEL BERKAITAN: Pilih diam isu putus tunang, adik sindir Ayu Ting Ting punca ikatan terlerai Sementara itu, Ayu menegaskan keputusan membawa haluan masing-masing bukan berpunca daripada masalah kewangan dihadapi Fardana seperti kecoh diperkatakan. Ayu sebaliknya menjelaskan dia bukan seoranang wanita bersifat materialistik atau memandang status seorang lelaki. "Kalau nak kata masalah ekonomi, saya tak rasa kami boleh sampai sini. "Sejak awal saya boleh terima apa sahaja status bekas tunang, saya bukan jenis orang yang tengok harta benda," katanya. Pertunangan mereka hanya bertahan hampir lima bulan. Ayu dan Fardana mengikat tali pertunangan hanya selepas sebulan berkenalan. Untuk rekod, Ayu pernah mendirikan rumah tangga bersama Henry Baskoro Hendarso pada 4 Julai 2013 dan bercerai pada 1 April 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Bilqis Khumairah Razak pada 28 Disember 2013. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!