SELEPAS lama tidak muncul dengan karya terbaharu, pelakon Zac Efron akhirnya tampil dengan sebuah filem iaitu A Family Affair yang disiarkan menerusi platform penstriman Netflix pada 28 Jun lalu. Bagaimanapun penampilan Zac, 37, menerusi filem tersebut menimbulkan pelbagai persepsi dan persoalan penonton. Rata-rata memberitahu mereka terganggu dan tidak dapat memberi fokus kepada lakonan Zac disebabkan perubahan ketara wajah aktor berkenaan. Lakonan Zac Efron dalam filem A Family Affair. Ramai berpendapat wajah aktor tersebut jauh berbeza ketika zaman mudanya menyebabkan mereka hampir tidak mengenalinya. "Saya perasan wajahnya sangat berbeza dengan yang dahulu. Wajahnya tidak nampak seperti dia. "Saya langsung tak perasan itu Zac Efron. Ingatkan dia buat pembedahan plastik untuk nampak lebih kacak tapi sebaliknya yang berlaku. "Langsung tak dapat fokus menonton sebab sibuk perhati wajah Zac yang nampak berbeza," komen netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Perubahan wajah ketara, Zac Efron buat pembedahan plastik akibat rahang patah ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Zac Efron dah berubah, peminat syak suntik botox Perubahan wajah pelakon yang popular dengan filem The High School Musical ini bukan satu rahsia malah Zac sendiri mengaku melakukan pembedahan plastik. Bagaimanapun sebab dia melakukan pembedahan selepas rahangnya patah akibat terjatuh ketika berlari sambil memakai sarung kaki. Akibat kecuaian itu, zac tergelincir sebelum terlanggar bucu air pancut sebelum pengsan. Selain Zac, A Family Affair turut menampilkan barisan pelakon seperti Nicole Kidman, Joey King, Kathy Bates dan Ian Gregg. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!