suria

Isteri hantar video lucah kepada pekerja bawah umur, Kanye West gelar mereka hamba abdi

Kanye dan Bianca sering dihimpit kontroversi panas.

ISTERI penyanyi rap Kanye West dituduh menghantar video lucah kepada pekerjanya yang turut dalam kalangan remaja bawah umur.

Bianca Censori, 29, didakwa menghantar pautan aksi seksual ganas kepada salah seorang pekerja selepas Kanye melancarkan syarikat filem dewasa miliknya iaitu Yeezy Porn pada April lalu.

Video berkenaan turut dapat diakses oleh pekerja di bawah umur ketika pembangunan aplikasi berkenaan menurut dokumen mahkamah yang diperoleh TMZ.

Bianca didakwa menghantar kandungan lucah kepada pekerja.

Bianca didakwa menghantar kandungan lucah kepada pekerja.

Bagaimanapun, Bianca tidak disenaraikan sebagai defendan dalam tuntutan yang difailkan di sebuah mahkamah di California.

Sebaliknya Kanye dan seorang pekerja mereka iaitu Milo Yiannopoulos dinamakan sebagai defendan terhadap kes berkenaan.

Dalam tuntuan berkenaan, kedua-dua mereka dituduh tidak membayar gaji pekerja yang bertungkus lumus menyiapkan aplikasi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West naik pesawat kelas ekonomi, pakai jubah mandi sepanjang penerbangan

ARTIKEL BERKAITAN: Porsche hadiah buat isteri, netizen minta Kanye West beli baju untuk Bianca

Tidak hanya itu, Kanye, 47, dan Milo, 39, turut didakwa memberi layanan tidak berperikemanusian dan merendahkan maruah pekerja yang disifatkan sebagai hamba abdi.

Kanye dan Milo dituduh mengupah sekumpulan pekerja kulit hitam termasuk di bawah umur bagi membantu membangunkan aplikasi tersebut.

Pekerja mendakwa Milo berjanji mahu membayar mereka sebanyak AS$120,000 (RM5.5 juta) selepas aplikasi itu siap dalam tempoh ditetapkan.

Malah pekerja turut dipaksa menandatangani perjanjian untuk tidak mendedahkan tentang aplikasi itu atau berdepan notis pemberhentian kerja tanpa gaji.

Kanye (kiri) berdepan tindakan undang-undang.

Kanye (kiri) berdepan tindakan undang-undang.

Pekerja di bawah umur pula dikehendaki menandatangani perjanjian sebagai sukarelawan.

Sementara itu, dokumen mahkamah turut menyatakan pekerja mengalami gangguan emosi apabila sering dimaki menggunakan bahasa kesat sehingga menjatuhkan maruah mereka sebagai manusia.

Kanye dan Milo bagaimanapun bertindak mendiamkan diri berhubung tuduhan terbaharu itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain