KEPUTUSAN menjalani penggambaran muzik video lagu terbaharunya di Chinatown atau Yaowarat di Bangkok, kawasan itu kini dibanjiri kedatangan pelancong dari seluruh dunia. Perdana Menteri Thailand, Sretta Thavisin turut meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa Manoban yang berjaya menyumbang kepada pertambahan pengunjung di kawasan tersebut. Malah Sretta turut mengucapkan tahniah kepada Lisa kerana tidak pernah melupakan asal usulnya walaupun dia kini antara bintang terkenal dunia. Jalan Chinatown menjadi salah satu lokasi muzik video Lisa. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lisa kerana mengingati tanah airnya. "Yaowarat kini didatangi pelancong yang ramai, rata-rata dari China," katanya. Sebelum ini, Lisa mencipta fenomena apabila muzik video single bejudul Rockstar yang dilancarkan pada 28 Jun lalu memperoleh 49 juta tontonan hanya dalam tempoh dua hari. Susulan pertambahan kehadiran pengunjung, pihak pembandaran Bangkok terpaksa membuat pelbagai langkah untuk meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Hargai asal usul, Lisa Blackpink pilih pereka fesyen Thailand... busana MV Lalisa buat ramai terpegun ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink beli banglo mewah RM19 juta di Beverly Hills Antaranya meletakkan penghadang lalu lintas bagi memisahkan laluan perjalan kaki dan jalan raya serta menempatkan petugas trafik yang ramai bagi mengawal kesesakan. Selain itu, pekerja pembersihan jalan diarahkan untuk melakukan pembersihan setiap hari demi keselesaan pengunjung yang datang. Malah fasiliti seperti laluan penjalan kaki, tandas, papan tanda dan kamera litar tertutup CCTV sudah pun mula diperbaiki. Sebelum pengambaran muzik video berkenaan, Lisa dilaporkan membayar RM2,500 atau 20,000 THB kepada setiap peniaga dikawasan Chinatown untuk menutup kedai lebih awal bagi memberi ruang pihaknya menjalani pengambaran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!