suria

Bakal bergelar bapa, Denny Sumargo elak pandang wanita seksi

Denny dalam fasa persediaan mental dan fizikal menjadi bapa.

MENGHITUNG hari bergelar bapa, pelakon Denny Sumargo sedang dalam proses mempersiapkan diri secara mental dan fizikal demi menjadi contoh terbaik kepada bayi perempuannya nanti.

Sebagai permulaan kata Denny, 41, dia mula menjaga pandangan dengan mengelak melihat wanita yang berpakaian seksi.

Jelasnya, dia mahu menjaga pandangan bagi mengelak tertarik terhadap wanita lain sehingga berlaku curang terhadap isterinya.

denny 1

Denny mahu terus kekal setia pada isterinya.

"Saya mula kurang melihat wanita seksi sebab anak saya yang bakal lahir adalah perempuan, jadi mahu jaga pandangan.

"Dia pasti melihat saya sebagai role model dalam hidupnya jadi saya mahu mengelak berlaku curang terhadap ibunya," katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Denny memberitahu isterinya Olivia Allan bakal melahirkan anak mereka pada pertengahan Julai nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Denny Sumargo mengidam pakai berlian ketika hamil, makan strawberi premium RM29 sebiji

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih lihat isteri ingin timang anak, Denny Sumargo harap segera dikurniakan zuriat

Ini merupakan anak pertama mereka selepas Olivia mengalami keguguran sebanyak tiga kali sejak mendirikan rumah tangga pada 2020.

Malah segala persiapan juga sudah dilakukan termasuk menyediakan kelengkapan bayi termasuk pakaian dan biliknya.

"Saya beli barang yang tidak mahal kerana anak cepat membesar dan saya tak mahu membazir," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain