suria

Belum bercerai, Jennifer Lopez dan Ben Affleck mula jalani kehidupan solo

Jennifer dan Ben kini tidak lagi tinggal bersama.

KHABAR angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan Jennifer Lopez dan Ben Affleck terus menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat.

Walaupun sudah tinggal berasingan namun pasangan tersebut masih belum membuat keputusan sama ada ingin bercerai atau sebaliknya.

Namun apa yang pasti, Jennifer dan Ben sudah mula memberi fokus kepada kehidupan masing-masing sejak berpisah.

jlo 2

Hubugan Jennifer dan Ben terus jadi tanda tanya.

People melaporkan Jennifer, 55, akan meluangkan lebih banyak masa untuk bercuti yang tidak membabitkan Ben.

"Mereka kini lebih fokus kepada kehidupan secara berasingan. Jennier merancang untuk bercuti ke lebih banyak destinasi," jelas sumber berkenaan.

Manakala Ben pula sudah mula membawa keluar barang peribadi miliknya dan berpindah ke sebuah rumah sewa selepas Jennifer pulang bercuti dari Itali awal bulan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez bakal bercerai lagi, Ben Affleck sudah ‘angkat kaki’

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez pergi bercuti seorang diri, timbul spekulasi sudah bercerai dengan Ben Affleck

Malah Jennifer dan bekas isteri Ben iaitu pelakon Jennifer Garner turut dilihat berkunjung ke rumah sewa aktor tersebut dipercayai bagi membantunya berpindah.

Pelakon itu juga dilihat masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa dan tidak terganggu dengan cerita sensasi berkaitan rumah tangga mereka.

"Ben kini tinggal di sebuah rumah sewa di Brentwood. Dia sudah tinggal di situ selama dua bulan. Dia berada dalam keadaan baik dan fokus kepada kerja di pejabat.

jen1 - 1

Ben dan Jennifer tenang berdepan krisis rumah tangga.

"Ben juga sering meluangkan masa bersama anak-anak," jelasnya.

Untuk rekod Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta.

Pasangan ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain