TINDAKAN pelakon Kim Woo Bin membeli bangunan lama pernah menjadi ibu pejabat agensi kumpulan BTS mengundang rasa kurang senang peminat kumpulan tersebut.AsiaOne melaporkan Woo Bin, 35, membeli bangunan tersebut dengan harga bernilai 13.4 billion won atau RM61.8 juta pada 25 Jun lalu. Sebelum ini, bangunan yang terletak di Gangnam itu dahulunya menempatkan syarikat pengurusan BTS iaitu Big Hit Entertaiment sejak 2007.Bangunan yang terletak di Gangnam ini pernah menjadi ibu pejabat agensi Big Hit Entertaiment.Namun setelah populariti kumpulan tersebut mendadak naik, mereka mengambil keputusan berpindah ke lokasi lain pada tahun 2018.Walaupun tidak lagi digunakan, bangunan tersebut tetap menerima kunjungan peminat dari seluruh dunia malah dindingnya turut dipenuhi dengan contengan mesej kepada BTS.Susulan itu, rata-rata peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ARMY meluahkan kebimbangan sekiranya contengan mesej berkenaan akan dihapuskanARTIKEL BERKAITAN: Tiada penyewa sejak beli 2 tahun lalu, Rain mahu jual bangunan di Gangnam RM488 jutaARTIKEL BERKAITAN: J-Hope BTS beli penthouse RM40 juta tunai, kediaman menghadap Sungai HanMalah ada yang bertindak menyatakan rasa tidak puas hati mereka di ruangan komen Instagram milik pelakon itu."Kenapa awak beli bangunan itu? Tempat itu sangat bermakna untuk kami!"Tolong jangan hapuskan mesej-mesej ARMY untuk BTS, itu semua kenangan," komen netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!