KELUARGA bintang realiti Kardashians berang apabila jadual penerbangan mereka menuju ke Aspen, Colorado Amerika Syarikat terpaksa dibatalkan.Menerusi episod terbaharu yang disiarkan di program realiti The Kardashians, penerbangan keluarga Kardashians dilaporkan terpaksa berpatah balik meskipun baharu sahaja berlepas beberapa minit atas permintaan Kylie Jenner selepas dia mengalami serangan panik atau anxiety. Kata Kylie, dia tidak mahu meneruskan perjalanan memandangkan cuaca buruk ketika itu.Kylie tiba-tiba diserang serangan panik."Saya teruja nak ke sana. Seronok apabila keluarga saya juga ada bersama. Namun juruterbang umumkan penundaan penerbangan disebabkan cuaca buruk."Selepas menunggu selama 48 minit sambil bermain telefon, tiba-tiba saya rasa tidak selamat untuk ke sana," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner lancar koleksi jaket, dituduh curi idea Kanye WestARTIKEL BERKAITAN: Peminat syak Kylie Jenner dan Timothee Chalamet sudah berpisah, tiada lagi foto keluar bersamaDalam pada itu, Kylie memberitahu dia berasa trauma apabila teringatkan tiga peristiwa kemalangan yang melibatkan rakan-rakannya sewaktu memandu pada musim salji.Sewaktu Kylie meluahkan kebimbangannya itu, ibunya iaitu Kris Jenner mengakui dia memahami akan situasi yang dialami oleh anak perempuannya itu dan bersetuju supaya penerbangan mereka dibatalkan."Saya tahu adik beradiknya yang lain tidak puas hati tetapi Kylie juga anak saya. Sudah tentu saya faham dan tidak akan marah. Saya tidak mahu dia terus berasa bimbang," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!