PELAKON Byun Woo Seok dilaporkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Stephanie. Memetik laporan Allkpop, khabar angin tentang hubungan Woo Seok dan Stephanie mula tersebar apabila timbul dakwaan netizen menemukan foto aktor berkenaan bercuti bersama wanita itu dan rakan-rakannya. Woo Seok memberikan tanda suka pada gambar Stephanie yang berada di kafe sama. Dalam satu foto dirakam Woo Seok di dalam kereta api, netizen melihat bayangan seorang wanita yang didakwa sebagai Stephanie terpantul di bahagian cermin. Sebelum ini pada tahun 2022, Woo Seok turut berkongsi foto di sebuah kafe, Pacino dan hari yang sama juga Stephanie memuat naik foto berada di restoran sama. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Park Seo Joon bercinta dengan pelakon cantik dari Amerika, agensi akhirnya buka mulut ARTIKEL BERKAITAN: Foto mesra laga pipi tersebar, Kim Soo Hyun dan Kim Sae Ron didakwa sedang bercinta Dalam pada itu, menerusi gambar yang dimuat naik oleh pemilik kafe yang dipercayai sebagai kenalan mereka, Stephanie dilihat duduk di sebuah meja dan netizen mendakwa Woo Seok memberikan tanda suka kepada foto tersebut. Malah Woo Seok dan Stephanie turut didakwa mengikuti akaun Instagram masing-masing. Tidak hanya itu, netizen juga mendedahkan kedua-dua selebriti itu sering berada di lokasi yang sama berpandukan foto-foto mereka yang dikongsi di Pulau Jeju dan gimnasium. Bagaimanapun ada yang berpendapat Stephanie hanyalah seorang peminat tegar Woo Seok. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!