PERSONALITI media sosial Atta Halilintar akhirnya berjaya menamatkan pengajian peringkat sekolah menengah pada usia 30 tahun. Walaupun dianggap sudah terlewat namun Atta memberitahu dia bersyukur dengan keputusan diperoleh kerana apa paling penting dia sudah berusaha. "Beberapa bulan lepas saya ambil peperiksaan, Alhamdulillah saya lulus. Walaupun terlewat tetapi tidak mengapa sebab paling penting saya sudah berusaha. "Jika ada rezeki saya mahu menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, insya-Allah. Doakan saya," katanya. Atta mahu ikut jejak isterinya melanjutkan pelajaran di peringkat kolej. Atta berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Atta memberitahu dia mahu menjadi seperti isterinya, Aurel Hermansyah yang juga sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang ibu. Bagaimanapun kata Atta, buat masa ini dia belum membuat keputusan mengenai jurusan yang ingin diambil namun tertarik dengan bidang undang-undang dan perguruan. ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar korban 22 lembu dan kambing sempena Aidiladha, simbolik tarikh lahir anak sulung ARTIKEL BERKAITAN: Marah pengacara tak sebut gelaran haji anak, sikap angkuh ibu bapa Atta Halilintar buat netizen benci "Aurel juga sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej. Insya-Allah saya akan terus menyokong sehingga dia menamatkan pengajiannya. "Kalau saya sambung belajar mungkin akan ambil jurusan undang-undang, arkitek atau pun perguruan. Apa yang pasti bukan dalm bidang perubatan," katanya. Menjengah ke ruang komen, rata-rata memuji kesungguhan Atta yang tetap menamatkan pendidikan sekolah menengah walaupun usianya sudah mencecah 30 tahun. Atta ketika majlis graduasi tamat peringkat sekolah menengah baru-baru ini. "Terbaik Atta! Bangga tengok Atta tunjuk kepada generasi sekarang bahawa pendidikan itu sangat penting. "Walaupun sudah berjaya dan kaya, tetap merendah diri dan tamatkan pelajaran sekolah menengah," komen netizen. Untuk rekod, Atta yang pernah menetap di Kuala Lumpur pernah mendapat pendidikan di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur sehingga usianya 13 tahun. Atta mendirikan rumah tangga dengan Aurel pada 3 April 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 2 dan Azura, 6 bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!