suria

Ambil dos ubat berlebihan, Celine Dion nyaris maut

Celine mengakui dirinya terlalu bergantung dengan ubat kerana penyakit Stiff Person Syndrom.

PENYANYI Celine Dion mendedahkan dia nyaris maut selepas mengambil ubat jenis valium secara berlebihan untuk merawat penyakit stiff person syndrome dihidapinya.

Celine, 58, berkata, dia bertindak mengambil ubat kawalan berkenaan secara berlebihan kerana tidak mahu gejala penyakitnya muncul ketika dia mengadakan persembahan pentas.

"Saya mengambil sekitar 80mg hingga 90mg valium sehari. Itu baru satu jenis ubat. Saya tak mahu kedengaran dramatik tetapi ia hampir meragut nyawa saya.

Copy of Untitled - 2024-06-26T120015.724

Celine mengakui dirinya bergelut melawan penyakit yang dihidapi.

"Saya kena telan ubat-ubatan tersebut untuk membolehkan saya berfungsi seperti manusia biasa, tak kisahlah berapa pil saya kena telan sebab persembahan perlu diteruskan," katanya.

Celine berkongsi perkaa itu menerusi dokumentari I Am Celine yang disiarkan di platform penstriman Prime.

Menerusi dokumentari berkenaan, Celine turut dilihat mengalami sawan kerana kepenatan selepas mengadakan persembahan buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Celine Dion batal konsert jelajah Eropah, dedah hidap penyakit tak dapat diubati ‘Stiff Person Syndrome’

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan Celine Dion semakin merosot, harap ada keajaiban rawatan sindrom Stiff Person

Penyanyi lagu My Heart Will Go On itu menjelaskan dia tidak berupaya mengawal fizikalnya namun tetap berusaha tampil normal di hadapan peminat.

"Setiap kali penyakit ini menyerang, saya rasa malu. Apatah lagi orang tahu yang saya tak boleh kawal badan saya sendiri.

"Saya nak menyanyi... Kalau tak boleh berlari, saya akan berjalan. Kalau tak boleh berjalan, saya cuba merangkak," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain