BEKAS anggota kumpulan Kotak iaitu Posan Tobing bakal membuat laporan polis sekiranya lagu-lagu ciptaannya terus dinyanyikan oleh ahli-ahli band yang masih aktif. Posan yang sebelum ini merupakan pemain dram kumpulan tersebut juga dengan sinis menegur Tantri, Cella dan Chua supaya menghormati haknya sebagai penulis lagu-lagu terdahulu. "Sejak kecil kita diajar supaya beradab. Jadi sebagai orang beradab, jika mahu guna hak orang lain harus minta izin. Posan (kiri) memberi peringatan tegas buat Kotak. "Jika sampai sekarang masih menyanyikan lagu-lagu tersebut, makan saya wajib melaporkan kepada pihak polis," katanya dalam satu sidang media. Tindakan Posan itu susulan dia tidak menerima sebarang royalti apabila tiga anggota Kotak yang masih aktif menggunakan lagu ciptanya tanpa izin ketika membuat persembahan dalam mana-mana majlis. Dalam masa sama, ini juga sebagai nasihat buat Kotak agar tampil dengan lagu-lagu baharu dan tidak seharusnya terus bergantung dengan karya milik orang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun ambil dadah sebab nak kuruskan badan, berdepan hukuman penjara 4 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar tamat pengajian sekolah menengah pada usia 30 tahun, luah hasrat sambung belajar dalam bidang undang-undang "Kalau mereka merasa hebat, nyanyikan saja lagu-lagu yang bukan dicipta oleh saya. "Anda semua juga sudah terkenal, boleh cipta lagu lagi dan menjadi lebih dikenali. Ini satu motivasi untuk anda semua," pesannya. Posan menyenaraikan 13 buah lagu ciptaan dia sendiri juga bersama Pare (bekas vokalis) yang tidak boleh dinyanyikan oleh Kotak pada bila-bila masa. Persembahan Kotak sebelum ini banyak menampilkan lagu-lagu ciptaan Posan. Antaranya adalah lagu-lagu berjudul Kerabat Kotak, Ku Ingin Sendiri, Masih Cinta, Tinggalkan Saja dan Pelan-Pelan Saja. Untuk rekod Posan meninggalkan kumpulan Kotak pada 2011 dan sebelum ini juga pernah menyuarakan isu sama namun tidak mendapat sebarang maklum balas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!