suria

Jay Park umum buka akaun OnlyFans, guna nama McNasty 

Ramai berasa ragu-ragu dengan pengumuman Jay membuka akaun OnlyFans.

PENYANYI rap Jay Park mengejutkan peminat apabila memaklumkan dia membuka akaun OnlyFans iaitu perkhidmatan langganan yang terkenal dengan kandungan dewasa.

Tanpa segan silu, Jay Park atau Park Jae Beom, 37, meminta peminat melanggan akaun tersebut yang menggunakan nama McNasty.

"Jom langgan akaun OnlyFans saya iaitu McNasty yang akan dilancarkan pada 30 Jun ini," katanya.

Antara foto (kiri) yang dimuat naik di akaun OnlyFans milik Jay Park.

Antara foto (kiri) yang dimuat naik di akaun OnlyFans milik Jay Park.

Pengumuman itu mengejutkan peminat yang tertanya-tanya sama ada bintang asal Korea Selatan itu serius atau hanya sekadar bergurau.

Ramai merasakan ia sekadar teknik pemasaran melancarkan lagu baharunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jay Park masuk larian maraton, siap tolong petugas kutip sampah

ARTIKEL BERKAITAN: Video Jay Park gantung coli dekat leher kembali tular, netizen salahkan peminat gatal cari perhatian

Jay Park sebelum ini terkenal dengan gerakan tarian yang berani dan sentiasa menjadi tokoh inovasi dalam industri muzik.

Tindakan membuka OnlyFans dilihat sebagai salah satu usaha mencuri perhatian peminat dengan pelancaran lagu baharunya iaitu McNasty yang dikhabarkan bakal dilancarkan pada 30 Jun nanti.

Setakat ini, akaun berkenaan hanya memuat naik video pendek dan foto yang menggoda untuk lagu McNasty.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain