IBU kepada penyanyi Virgoun iaitu Eva Manurung menaruh harapan agar bekas menantunya, Inara Rusli dapat memberikan peluang kedua dan berkahwin semula dengan anaknya itu. Meskipun hubungan mereka terlihat agak dingin sebelum ini, namun Eva percaya hubungan Virgoun dan Inara masih boleh diperbaiki memandangkan penyanyi itu masih mencintai bekas isterinya. "Teringin sangat Virgoun dan Inara kembali bersatu, walaupun ada masalah sebelum ini tapi itu semua kan boleh diperbaiki. Virgoun bersama Inara dan ketiga anak mereka. "Daripada mencari pasangan yang baru tu lebih baik perbaiki yang ada, sebab kita tak tahu yang baru ni orangnya macam mana atau emosinya bagaimana," katanya. Sebagai ibu, Eva berkata tiada apa yang diharapkan selain mahu melihat kebahagiaan anaknya itu. Malah dia mendedahkan Virgoun mula terjebak dengan pengunaan dadah setelah berpisah dengan tiga anaknya yang tinggal bersama Inara. "Virgoun nampak macam stres sebab selalunya setiap hari berjumpa dengan anak di rumah, tapi tidak selepas berpisah," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun ambil dadah sebab nak kuruskan badan, berdepan hukuman penjara 4 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan hidup punca Virgoun ambil dadah, hubungan dengan ibu pula dingin Pada 20 Jun lalu, Virgoun dan seorang wanita ditahan pihak berkuasa di sebuah rumah di Ampera, Jakarta Selatan. Penyanyi itu ditahan selepas didapati mengambil barang terlarang dan polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 0.2 gram. Virgoun dan wanita yang bersamanya turut positif dadah selepas ujian air kencing dilakukan. Virgoun boleh dikenakan hukuman penjara empat tahun mengikut undang-undang berkaitan dadah di Indonesia. Untuk rekod, Virgoun pernah mendirikan rumah tangga bersama Inara Rusli selama 10 tahun sebelum bercerai tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun. Sejak itu kehidupan penyanyi berkenaan sering dilanda masalah berpunca daripada tekanan akibat penceraian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!