BINTANG realiti Kourtney Kardashian meluahkan kebimbangan apabila melihat perubahan ketara pada fizikalnya sejak melahirkan cahaya mata pada 1 November tahun lalu. Kourtney, 45, bagaimanapun berkata dia takut untuk melakukan senaman secara berlebihan kerana bimbang bakal mengalami prolaps atau rahim jatuh. "Lepas dua bulan duduk di rumah saya rasa risau sikit untuk kembali depan televisyen kerana badan saya tak macam dulu. Pasangan ini dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Rocky. "Ibu yang baru lepas bersalin boleh mengalami prolaps atau rahim jatuh. "Sebab itu saya tak boleh terlalu aktif berlari atau melompat sangat," katanya. Kourtney berkongsi kerisauannya menerusi musim terbaharu program realiti The Kardashians. ARTIKEL BERKAITAN: Kourtney dan suami sempat ‘bermesra’ sehari sebelum bersalin, mahu anak lahir sempena Halloween ARTIKEL BERKAITAN: Kourtney Kardashian minum susu badan sendiri, cara sembuh kalau tak sihat Sebelum ini, Kourtney mengumumkan dia melahirkan cahaya mata lelaki yang di beri nama Rocky Thirteen Barker pada 1 November tahun lalu. Jelasnya lagi, dia menerima saranan untuk melakukan senaman secara ringan seperti pilates dan berjalan-jalan untuk mengekalkan bentuk badannya. "Ibu saya suruh sekurang-kurangnya buat pilates atau berjalan-jalan, jadi esok baru saya boleh mula," ujarnya. Kourtney dan Travis berkahwin pada Mei 2022. Untuk info, Prolaps berlaku apabila ligamen dan otot bahagian pelvis (pinggul) lemah untuk menampung organ pada bahagian tersebut sehingga membuatkan rahim jatuh dan keluar menerusi faraj. Untuk rekod, Kourtney mendirikan rumah tangga Bersama Travis pada 15 Mei 2022 hanya selepas setahun menjalinkan hubungan cinta. Sebelum ini, Kourtney pernah menjalinkan hubungan dengan Scott Disick selama 11 tahun sebelum berpisah pada 2015. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mason Dash, 15, Penelope Scotland, 12 and Reign Aston, 10 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!