suria

Kerja sambilan di sebuah bar, wanita dedah Hwon The Kingdom seorang gigolo

Hwon masih belum tampil memberi sebarang kenyataan.

NAMA anggota kumpulan The Kingdom iaitu Hwon menjadi sebutan ramai apabila dilihat bekerja sambilan di sebuah bar di Seoul, Korea Selatan.

Seorang pengguna laman X menggunakan nama @Juayamm10 mendakwa Hwon turut menjadi peneman kepada pelanggan wanita di bar atau pun bilik karaoke dengan bayaran tertentu.

Tidak cukup dengan itu, individu tersebut turut mendakwa Hwon adalah gigola di kelab tersebut selain pernah menjalani hubungan intim dengannya dan beberapa pelanggan lain.

hwon 1

Peminat Hwon menanti bukti Hwon berkerja di bar.

"Nama sebenar dia Shim Yeong Joon dan berkerja di bar. Awak pegang dua kerakyataan dan dikecualikan daripada khidmat tentera, kan?

"Awak tidur dengan saya sepanjang malam kemudian tidur dengan orang lain dengan pada keesokkan harinya," luah wanita berkenaan.

Sebaik sahaja pendedahan tersebut tular, rata-rata peminat Hwon meminta wanita berkenaan kemukakan bukti tentang dakwaan yang dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Army tak setuju Kim Woo Bin beli bangunan bekas pejabat BTS... Banyak kenangan, bimbang mesej peminat tulis di dinding kena hapus

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada penyewa sejak beli 2 tahun lalu, Rain mahu jual bangunan di Gangnam RM488 juta

Sementara itu, pihak pengurusan Hwon iaitu GF Entertainment pula menafikan khabar angin tersebut.

Mereka juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna laman X itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain