suria

52 tahun hidup, Ahmad Dhani tak pernah rasa tertekan walau dilanda masalah - “Kena penjara pun duit tetap masuk”

Dhani tidak menganggap masalah hidup sebagai tekanan.

PENYANYI dan komposer terkenal Ahmad Dhani tidak pernah berasa tertekan sepanjang 52 tahun kehidupannya.

Ahmad Dhani atau Dhani Ahmad Prasetyo berkata, walaupun sudah melalui pelbagai liku dan cabaran dalam kehidupannya namun ia tidak pernah membiarkan dirinya dalam keadaan tertekan.

"Saya pernah ditanya sama ada pernah tertekan atau pun tidak? Jawapannya adalah tidak.

ad

Ahmad Dhani percaya rezeki dikurniakan oleh Allah SWT.

"Sejujurnya saya juga manusia biasa yang berdepan pelbagai masalah cuma saya tidak pernah tertekan dengannya," katanya.

Ahmad Dhani berkongsi perkara itu menerusi temu bual program Indonesia iaitu Tonight Show di NET TV pada Jumaat lalu.

Jelas anggota kumpulan Dewa ini, dia tidak tertekan kerana percaya setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani teruja bertemu Anwar Ibrahim, kapsyen ‘sama-sama pernah dipenjara’ curi tumpuan netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isu langgar peraturan kempen, konsert Ahmad Dhani kena serbu pihak berkuasa

Begitu juga dengan soal rezeki, dia tidak bimbang kerana percaya dengan rezeki daripada Allah SWT.

"Kita ambil contoh ketika dunia dilanda pandemik Covid-19, ibu saya pernah bertanya macam mana saya jana pendapatan sedangkan tak boleh lakukan sebarang aktiviti persembahan?

"Dengan tenang saya menjawab, dari Allah, siapa lagi?," jelasnya.

Dhani pernah dipenjarakan dan masih dikurniakan rezeki.

Ahmad Dhani pernah dipenjarakan selama 18 bulan.

Malah cerita Ahmad Dhani, ketika dia dipenjarakan pada 2018, rezekinya tetap tidak putus-putus walaupun berada di sebalik tirai besi.

"Insya-Allah duit itu ada sahaja, sewaktu saya dipenjara pun duit tetap masuk... Rezeki melimpah ruah," katanya.

Pemuzik itu dipenjarakan selama 18 bulan di Cipinang, Jakarta Timur selepas didapati bersalah menyebarkan mesej berunsurkan kebencian dalam tiga kenyataan dibuat di platform Twitter pada 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain