suria

Percutian 48 jam bersama David paling menakjubkan, kapsyen ghairah Victoria Beckham dianggap memualkan

David dan Victoria berkahwin pada tahun 1999.

PENYANYI Victoria Beckham mengimbau kembali percutian musim panasnya di Eropah pada 1997 bersama suami David Beckham.

Menerusi kapsyen hantaran tersebut, Victoria berkata dia akan sentiasa mengingati setiap kenangannya bersama David ketika itu memandangkan percutian selama 48 jam itu amat menakjubkan.

"Portofino pada tahun 1997 adalah perjalanan yang sangat romantis. Saya masih ingat betapa terujanya saya berada di sana bersama David buat kali pertama.

David 1

Hantaran Victoria mengundang kecaman orang ramai.

"Kemesraan di antara kami memuncak dalam tempoh 48 jam itu. Ia begitu menakjubkan," luahnya pada Ahad.

Bagaimanapun hantaran tersebut mengundang ketidakselesaan netizen dan menganggap tiada keperluan untuk Victoria melakukan perkara itu.

"Kapsyen ghairah ini buatkan saya tidak selesa.

ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham simpan rahsia besar, David mungkin minta cerai kalau dapat tahu!

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa dikhianati kawan baik, David Beckham tetap teruskan saman terhadap Mark Wahlberg

"Perlu ke untuk tulis kapsyen seperti itu? Tidak semua benda perlu kongsikan," kata netizen.

Untuk rekod, Victoria dan David mendirikan rumah tangga pada 4 Julai 1999.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn, 25, Romeo, 21, Cruz, 19, dan Harper, 12.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain