GOSIP putus tunang penyanyi Ayu Ting Ting dan Muhammad Fardana hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini walaupun tuan punya badan memilih mengunci mulut mengenainya. Bagaimanapun adik kepada Fardana dikenali sebagai Dinar Salsa memberi gambaran gosip pasangan berkenaan sudah putus tunang adalah benar. Dinar menerusi hantaran di Instastory miliknya juga dilihat menyindir Ayu dan menyalahkan penyanyi tersebut sebagai punca ikatan pertunangan mereka terlerai. Ayu dan Fardana mengikat tali pertunangan selepas sebulan berkenalan. "Mungkin hati yang kau patahkan itu yang dicintai Allah SWT. Hati-hati apabila mematahkan hati seseorang," tulisnya. Peminat mula berteka-teki mengenai hubungan Ayu dan Fardana apabila lelaki itu bertindak memadam semua foto mereka di Instagram miliknya. Sehingga kini Ayu belum membuat sebarang pengesahan mengenai khabar angin tersebut walaupun orang terdekatnya mengesahkan dia putus tunang. Antaranya adalah pelakon Nikita Mirzani yang mengesahkan perkara itu selain mempertahankan Ayu bukan punca perpisahan. ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting pilih tentera pangkat kolonel sebagai bakal suami, dilaporkan sudah bertunang ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan kenal terus tunang, Ayu Ting Ting dedah sebab pilih tentera jadi calon suami "Apa yang jelas, bukan salah Ayu Ting Ting," katanya. Pada Februari lalu, Ayu atau Ayu Rosmalina, 32, mengikat tali pertunangan dengan Fardana yang juga seorang anggota tentera berpangkat Kolonel. Fardana sebelum itu melamar Ayu hanya selepas sebulan berkenalan dan membawa penyanyi itu bertemu ibu bapanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!