BEKAS isteri penyanyi Virgoun iaitu Inara Rusli bersedia untuk memberitahu kebenaran berhubung kes penyalahgunaan dadah melibatkan bekas suaminya kepada anak-anak mereka. Kata Inara, 31, anak-anaknya berhak mengetahui segala perkara mengenai bapa mereka meskipun kebenaran itu pahit untuk ditelan. "Lambat laun mereka akan tahu juga, jadi saya ikut nasihat seorang ustaz untuk ceritakan saja perkara sebenar. Inara mengakui risau dengan penerimaan anak-anaknya terutama, Starla. "Sebagai anak, mereka berhak tahu apa yang terjadi kepada ayah mereka, walaupun ia tentang kelemahan atau kekurangannya," katanya. Enggan menyembunyikan kekurangan bekas suaminya, Inara yakin perkara itu kelak bakal mengecewakan anak-anak memandangkan Virgoun disifatkan sebagai 'hero' di mata mereka. Justeru itu, Inara memilih untuk menjelaskan secara lembut agar mereka dapat menerima kenyataan tersebut. "Ibu bapa dianggap seperti hero pada mata anak-anak, tentu mereka akan kecewa apabila dapat tahu yang ayah mereka tak seperti yang diharapkan. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu harap Virgoun dan Inara dapat bersatu semula, dakwa anak terlibat dadah selepas berpisah ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu lagi tutup kebenaran, bekas isteri sudah cuba jaga nama baik Virgoun "Saya tak mahu emosi anak-anak terganggu, saya pilih untuk ceritakan sehalus mungkin supaya mereka faham. Dalam pada itu, Inara turut merancang membawa anak sulungnya iaitu Starla melawat Virgoun yang kini sedang ditahan reman. "Belum sempat (menjenguk Virgoun), tapi saya cuba cari waktu yang sesuai untuk melawat dia dengan Starla sekali. "Semoga urusan untuk beritahu Starla dipermudahkan," ujarnya. Virgoun ditahan pada 20 Jun lalu kerana penyalahgunaan dadah. Sebelum ini, Virgoun dicekup bersama seorang wanita di sebuah rumah sewa di Ampera, Jakarta Selatan pada 20 Jun lalu. Penyanyi itu ditahan selepas didapati menggunakan bahan terlarang dan polis merampas dadah jenis syabu selain alatan menghisap ketika serbuan. Untuk rekod, Virgoun dan Inara berkahwin pada 2014 namun rumah tangga mereka berakhir dengan perpisahan tahun lalu selepas penyanyi itu berlaku curang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!