suria

Foto ‘mugshot’ Justin Timberlake ditahan polis jadi bahan pameran, dijual pada harga RM2,500

Gambar Justin yang kini dipamerkan di sebuah galeri.

GAMBAR mugshot penyanyi Justin Timberlake yang ditahan pihak polis pada 18 Jun lalu kini dijadikan bahan pameran di sebuah galeri lukisan di Sag Harbor, New York.

Memetik laporan Page Six, imej penyanyi itu dijadikan karya edisi terhad yang dipamerkan di Romary Kramoris Gallery yang mana ia terletak tidak jauh dari lokasi Justin ditahan atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Pemilik galeri berkenaan memaklumkan seorang artis bernama Godfrey Lohman memperkenalkan idea untuk mempamerkan foto berkenaan dan telah berjaya menjadi tarikan pengunjung.

justin 2

Insiden buruk Justin ditahan polis menjadi tarikan di Sag Harbor.

Gambar-gambar tersebut diolah semula dalam pelbagai variasi warna dan turut dijual pada harga sekitar RM2,500.

Bagi Romary meskipun insiden yang berlaku terhadap penyanyi itu adalah memalukan namun dia amat berbangga berbesar hati kerana kejadian tersebut memberi impak besar kepada kawasan berkenaan.

"Setakat ini ada beberapa yang sudah terjual. Malah ada pengunjung yang turut datang semula selepas kali pertama menyaksikannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat hal! Justin Timberlake ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears tak buka aib Justin Timberlake, tulis kisah cinta dalam buku biografi tanda sudah ‘move on’

"Ramai orang gembira terutama golongan muda. Saya gembira gambar berkenaan masuk galeri walau insiden tersebut menyedihkan," ujarnya.

Pada 18 Jun lalu, Justin ditahan atas tuduhan memandu ketika di bawah pengaruh alkohol.

Penyanyi itu juga tidak mematuhi papan tanda berhenti dan dua kali melencong dari lorong asal ketika memandu.

Justin kemudian dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan berkenaan dan sebutan semula kes akan diadakan pada 26 Julai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain