suria

Jaga aset paling berharga, Nick Cannon ambil insurans khas untuk organ sulit

Bekas suami Mariah Carey menyifatkan dia menyifatkan kemaluannya merupaka aset berharga.

SETIAP individu ada cara tersendiri untuk menjaga anggota badan mereka, begitu juga dengan bekas suami kepada penyanyi Mariah Carey iaitu Nick Cannon.

Nick, 44, mendedahkan dia mengambil insuran bagi melindungi kemaluannya atau organ testikel selepas bergelar bapa kepada 12 orang cahaya mata.

Enggan perkara buruk berlaku pada aset yang dianggap paling berharga, Nick sanggup mengeluarkan kos mencecah RM47.1 juta atau AS$10 juta.

"Saya perlu melindungi aset paling berharga saya sebab saya tak mahu benda yang tidak diingini berlaku padanya.

Copy of Untitled - 2024-07-04T131937.612

Nick merupakan bapa kepada 12 orang anak.

"Saya letak nilai tinggi sebab saya ada testikel yang paling menakjubkan di dalam dunia!" katanya

Dalam pada itu, Nick mempertimbangkan keputusan tersebut kerana terpengaruh melihat selebriti lain mengambil polisi yang sama untuk kaki mereka

"Saya selalu tengok selebriti yang ambil insurans untuk kaki mereka, itu buatkan saya terfikir untuk buat benda yang sama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nick Cannon mahu anak ke-13 dengan Taylor Swift, anggap mereka pasangan sepadan

ARTIKLE BERKAITAN: Anak Nick Cannon usia 5 bulan meninggal dunia akibat tumor otak

Untuk rekod, Nick memiliki 12 orang anak daripada lapan wanita berbeza termasuklah Mariah Carey, DJ radio Abby Della Rossa dan model Alyssa Scott.

Sebelum ini, Nick pernah mendirikan rumah tangga bersama Mariah pada tahun 2008, namun tidak bertahan lama selepas Nick sendiri yang memfailkan cerai pada tahun 2014.

Pasangan tersebut dikurniakan sepasang kembar iaitu Moroccan dan Monroe yang kini berusia 12 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain