suria

Bercinta dalam diam, peminat mula hidu hubungan Rose Blackpink dan Cha Eun Woo

Rose dan Eun Woo masih mengunci mulut mengenai hubungan mereka.

AHLI kumpulan Blackpink iaitu Rose dikhabarkan sedang hangat bercinta bersama pelakon dan penyanyi Cha Eun Woo.

Percintaan mereka mula dihidu peminat apabila pasangan berkenaan kerap berkongsi beberapa hantaran sama di laman Instagram.

Meskipun tidak berkongsi secara jelas, namun peminat menyedari pasangan berkenaan sentiasa berada di lokasi sama pada waktu yang sama.

rose-blackpink

Beberapa foto yang mengaitkan Rose dan Eun Woo.

Tidak hanya itu, Eun Woo juga dilihat menghadiri after party Blackpink selepas kumpulan itu melakukann persembahan di Coachella sekitar tahun 2023 lalu.

Kali terakhir pasangan itu dilihat bersama sekitar April lalu apabila mereka memuat naik video di sebuah galeri seni di Jepun.

Bagaimanapun sehingga kini peminat masih belum menemui foto mereka berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat pertikai perubahan wajah Rose Blackpink, dituduh buat pembedahan kelopak mata

ARTIKEL BERKAITAN: Lincah di atas pentas tapi sebenarnya pemalu... Peminat Malaysia buat hati Cha Eun Woo cair

Rata-rata peminat berpendapat pasangan berkenaan bijak menyembunyikan hubungan mereka.

Kedua-dua penyanyi ini dikatakan mula menjalinkan hubungan secara senyap sejak 2022 dan mengunci mulut sehingga kini.

Malah pihak agnesi mereka juga enggan mengulas mengenai hubungan selebriti mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain